Wednesday, 29 February 2012

Above Average

'Above Average??? Apekah?' - Tulah reaksi pertama aku bila terbaca comment Ms. Cheah kat Interview Form yang HR tersilap pass kat aku masa interview Great Wall dulu. So, maknanye dia mengkategorikan aku under 'Above Average' ;p Supposedly, that form is confidential, hihi.
I guess that is a compliment right?? ;p

Kdg2 bila terlalu nak lari dripada 'kebiasaan', manusia selalunye pada ketogori remaja akan buat macam2 to be the center of attraction. Jadi lain drpd yang lain. Dan bila dah terlalu terlampau, dia akan masuk pulak kategori 'tah pape'. Jadi, beware in choosing your personality and still I put Islam ahead. Image nya terlalu tinggi, nilai pada Islam tu sendiri pun dah cukup tinggi pada org yang tahu menilai. Islam lah yang mentamadunkan manusia, terutamanya perempuan. Pakaian bertudung semuanya untuk menunjukkan ketinggian peribadi seorang perempuan.

Siapa yang tak tahu menilai harga diri je yang akan kata Islam ni mengongkong. Walaupun sebenarnye Islam ni cantik ;p

Interview sbtu lepas yang bertahan sampai hampir 2jam (and yes, I got the offer) buat minda aku lebih jauh menggali ilmu2 yang tak tercapai pada org2 yang simple thinking. Encik Azhari, Production Manager and En. Rafizi QA Manager bertubi2 balun aku ngan soklan2 pasal QA. Yes, memang aku boleh balun dieorang balik, tapi banyak kali gak aku terdiam. Bukan terdiam sbb tak tahu jwpn, tpi terdiam sbab 'betapa susahnye nak cari malay guy yang critical thinking mcm dieorg ni'. Habis soklan pasal handbreak kreta pun semua keluar. Aku redha part tu, mmg aku tak lepas jwp.

Whatever, the point is... kite boleh jadi len dri yang len tpi mslhnyer mane ade 2 org yg same dlm dunia nih, jadi, semua pun len kan, statement tu je dh buat semua org pun len dri yg len. Personality kite yang akan differ kite dari others. Aku seriusly bosan ngan org yang xde life. Semoga kita dijauhkan dari sifat tu. Amin.

That guy, En. Azhari, byk buat aku berfikir... aku suke org yg salu buat aku pk. Rupenye dh lame otak aku ni tdo ;p

Hmmm, juga thanks to Allah, for giving me such a colourful background, from both family affairs and nonfamily affairs ;p

Bila menyembang ngan member zmn2 sekolah dulu, dia salu cakap best hidup aku ni, mcm2 hal jadi. Hidup dia boring, blk sek., tido, buat kje sekolah, tdo, mkn, bgun g sekolah... the same cycle evryday ;p Well, as for me, the next second to come was always full of unexpected things ;p Even, dari sekolah pun aku dah stat buat kje2 isi masa lapang, cam bgi surat cinta kat laki2 yg tah pape (aku rase yg slmt jdi mgsa aku lbey kurang 5 org), nyanyi lgu industan kuat2 kat kelas... ;p Yep, definitely above average ;p Tido time cikgu, pensyarah matrik, Prof. mengajar pastu kantoi pun dh biase. Perangai tu sampai ke U pun aku bawak. Hidup la seadanya selagi Islam sebagai sempadan, aku tak rase salah hidup on the edge.

Gamble here and there akan buat kita nampak life daripada sudut yang len. Sudut yang tidak dihargai oleh manusia biasa. ;p Orang boleh bercakap apa pun dieorang nak cakap, yang pentingnye Allah lebih tahu siapa kita. Dan cukuplah Allah bagi aku...

So goodluck kepada semua yang sedang mcari personality.

Sunday, 12 February 2012

Titik Perubahan itu...

....

' Dulu saya tak macam ni, saya tahu rambut itu aurat, saya tahu tidak solat itu haram. Solat itu bukan pilihan, tutup aurat juga bukan pilihan. Ia wajib, bukti kecintaan kita kepada Dia, mengikut segala hendakNya tanpa sikit pun menyoal kenapa... saya tahu, tapi saya masih tidak mmeliharaNya... '

Tapi selepas tahun 2001 itu, selepas dia pergi, semuanya jadi sayu. 3 tahun saya tinggal dengan dia, 3 tahun tidak pernah skali pun dia meninggikan suara, ape lagi mengangkat tangan ke badan saya. Saya sayang dia, cuma... sayang tu hanya dalam hati, tak pernah skali saya buat dia tahu tentang sayang saya tu, tak pernah skali pun saya tunjuk sayang tu pada dia. Jadi, dia pergi tanpa tahu yang saya sayangkan dia... kalau... kalau la mampu, kalau saya tahu dia sakit...

Pagi tu, tangisan ayah dalam telefon tu buat dunia saya sunyi... sgt sunyi... sepanjang perjalanan balik ke Pekan sangat gelap dan penuh dengan senyuman dia... kenapa Allah, kenapa tak bagi saya pluang tu... untuk buat dia tahu ttg sayang saya pada dia.

Saya kuatkan semangat, merempuh seorang nenek saudara yang cuba menghalang saya daripada sama2 berdiri memandikan jenazah dia... mungkin cuba menghalang kerana saya baru sja bertudung pada ketika itu, pada saat dia telah tiada lagi. Dia inginkan saya ke sekolah arab, dia mahu saya terpelihara, maafkan saya... Saya tukarkan perasaan marah saya pda nenek saudara itu kepada kekuatan.
'Ya Allah, aku cucu perempuan pertama dia, aku mahu mandikan dia sebagaimana dia sudah berjuta-juta kali memandikan aku...'

Saya... ikut mengkafankan dia, dan mengangkat jenazah itu ke depan untuk disolatkan... tapi... saya tidak turut solat kan dia... kenapa? sebab... solat 5 waktu pun saya tak lepas. O Allah...

Daripada detik itu, saya berfikir2 bagaimana untuk buat dia tahu saya sayangkan dia... sedangkan dia dah pergi... doa? yes, doa...
Jadi untuk doakan dia, saya kena solat, saya kena pelihara solat wajib saya.

Dan dengan izin Allah, dari solat yang 5 waktu tu, datanglah tudung.
Dari tudung itu, hilanglah kawan2 'Barat' disekolah saya.
Dari tudung, datang pula Tafsir quran.
Subhanallah...
Hasbiyallahu wani'malwakeel.

Saya hanya manusia biasa, saya takkan pernah jadi sempurna... saya akan selalu terlupa, jadi siapa yang akan ingatkan saya??? ;p kadang2 teman2 di FB, kata2 hikmah, hadis2 yang mereka copy paste kan... tapi semua tu hanyalah bacaan kosong bagi jiwa2 yang mati... jadi, siapa pula yang akan beri hidup pada jiwa???
Allah... Allah akan ada selagi kita mahu Dia ada... tapi... tak, salah tu, Dia akan ada kalau Dia sayangkan kita.

'Ya Allah, jangan tinggalkan kami walau hanya selama sekelip mata.'
Amin

P/s - Amalan2 sunat (E.g solat sunat, mengaji..) boleh kita hadiahkan pahalanya untuk saudara2 kita yang telah pergi... tanda sayang kita pada mereka. insyaAllah